PROFAIL KORPORAT

FUNGSI DAN DASAR PENUBUHAN MTRADES:

MTRADES mengejar agenda pembaharuan dasar-dasar kepenggunaan dan perdagangan dengan mengkaji, menyelidik dan membincangkan mengikut peredaran masa dan kegiatan ekonomi negara, mempertahankan dan mewakili kepentingan perdagangan dan keusahawanan dalam pelbagai isu perdagangan dan keusahawanan yang penting di seluruh kalangan masyarakat secara langsung.

Matlamat Utama MTRADES ini adalah untuk merancang, merancak dan merangsang pertumbuhan ekonomi keusahawan yang mampan. Dasar yang berkaitan dengan kesejahteraan dan kualiti kehidupan perniagaan dapat di bangunkan satu panduan taraf sosio ekonomi keusahawanan rakyat agar dapat diamalkan dan dipertingkatkan ke satu landasan yang betul dan terbaik.

Menjalin hubungan dan kerjasama yang rapat dengan badan-badan kerajaan dan badan-badan NGO yang sama hala tuju dan matlamat MTRADES ini, baik di dalam dan Luar Negara, melalui aktiviti-aktiviti dan program kemasyarakatan termasuk penganjuran sesi-sesi perbincangan, dialog, seminar, penerbitan dan percetakan buku-buku sasiah keusahawanan, penyediaan program pameran perniagaan dan jualan di peringkat dalam dan luar negara, menyediakan kursus-kursus kemahiran, latihan keusahawanan dan sebagainya.

Mewujudkan masyarakat yang dapat mempertingkatkan profesionalisma keusahawanan dan teknik perniagaan yang boleh mempengaruhi keadaan sosial dan ekonomi rakyat. Membantu mewujudkan rangkaian perniagaan diantara usahawan-usahawan yang lain di dalam dan di luar Negara.

Meningkatkan kawal selia kendiri di kalangan para-para usahawan supaya dapat mengamalkan prinsip pernigaan yang cekap, amanah, sihat serta adil dan saksama dalam apa jua urusniaga yang dijalankan bagi memelihara profesionalisma dalam keusahawanan bagi meningkatkan tahap ekonomi yang benar-benar cemerlang, gemilang dan terbilang.

Membantu mewujudkan rangkaian keusahawanan diantara Ahli-ahli Perniagaan yang lain di dalam dan luar negara dan membuka peluang-peluang baru di dalam pembangunan ekonomi dan keusahawanan kepada rakyat. Menjadi wadah perjuangan ekonomi yang berkongsikan pengalaman dan kejayaan yang dicapai dikalangan ahli-ahli perniagaan yang telah berjaya untuk di jadikan inspirasi dan panduan kearah hala tuju keusahawanan yang mampu bersaing dengan sihat di dalam semua bidang perniagaan yang diceburi.

Memantapkan jaringan komunikasi yang bersepadu dan baik dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta, media, NGO dan masyarakat diperingkat tempatan serta antarabangsa. Mengukuhkan pembangunan harta dan pelaburan dengan menjayakan program pembangunan pusat-pusat perniagaan dan kawasan-kawasan perindustrian kecil dan sederhana dengan mendapatkan kerjasama daripada pelbagai Majlis-Majlis Perbandaran untuk kepentingan rakyat dan masyarakat bagi membina masa depan yang lebih baik sama ada di dalam ekonomi keusahawanan dan juga sasiah kehidupan.

MISI MTRADES :

Kearah sebuah organisasi kekorporatan berteraskan kepada bimbingan perdagangan dan keusahawanan yang berlandaskan kepada ilmu-ilmu kemahiran dan pembangunan insan yang akan menjadikan sahabat-sahabat MTRADES yang berkualiti dan bertaraf dunia.

VISI MTRADES :

Melahirkan insan korporat yang bersifat mulia, berkualiti, dinamik, kreatif dan tinggi semangat jati diri yang telah berjaya dididik di dalam merubah intelek untuk mencapai kejayaan di dalam kehidupan baik di dunia dan di akhirat.

Kejayaan merubah sifat diri dan minda akan melahirkan insan korporat yang penyayang, bertoleransi, bersih jiwa, bersih akhlak, emosi, rohani dan jasmani yang akan melahirkan negarawan korporat yang amanah, jujur, setia yang menjadi tunjang dan teras pembangunan sasiah diri yang dapat membina bangsa, agama dan negara yang bertamadun.

Menjadikan panduan di dalam islam teras kepada kejayaan di dalam pembangunan perniagaan kepada semua golongan bagi memacu ekonomi islam itu sendiri yang di segani dan di hormati oleh segenap lapisan masyarakat.

Subsidiari Pembangunan Sosio Ekonomi.

ANAK SYARIKAT :

  • MTRADES RESOURCES.
  • TAG ACADEMY.
  • IBNU SINA MEDICAL SCIENCES ACADEMY.
  • MTRADES GLOBAL VENTURE.
  • BIZMTRADES GLOBAL RESOURCES.
  • ITAG PLUS TRADE.

MOTTO MTRADES :
Mengilham Kejayaan, Membina Keyakinan, Mengapai Kekayaan

DEWAN PERDAGANGAN DAN KEPIMPINAN KEUSAHAWANAN MALAYSIA

No.45-2, JALAN TIARA 2B, BANDAR BARU KLANG,
41150 KLANG SELANGOR DARUL EHSAN.
Email : mtrades2025@gmail.com