Budak Flat Kena Hina Berniaga Tepi Jalan Dan Buka Booth

“Saya membesar sebagai anak flat jer kat Flat Ahmad Razali, Ampang. Anak sulung daripada 5 adik beradik. Ayah pernah jadi guard di Hotel Flamingo Ampang, di samping itu ayah juga ada berniaga macam-macam produk kesihatan dan MLM. Ibu pula bekerja shift pagi malam di Bursa Saham Malaysia sebagai kerani…”

Hidup Puan Nur Aisyah Kamsani, founder kepada produk Qalish ni dan adik-beradiknya tidaklah senang tapi Alhamdulilah cukup makan pakai dan happy je. Cuma dari kecik dia diajar dan dibawa bersama untuk berniaga bersama ayah dan ibunya.

Seawal umur 12 tahun dah ikut ayah ibu berniaga dan buka meja tepi jalan. Bukan tu je, dia juga join expo, pernah jugak berniaga barang-barang mainan untuk tampung kami adik beradik. Kalau korang nak tahu, ibunya bekerja shift, kalau mereka lapar, masak sendiri je. Nak makan Mc Donald atau KFC tu jauh sekali lah. Makan pun bila ada di antara mereka yang teringin nak makan. Kesian kan? Kalau kita sekarang nak makan main order jer..Kita nak cakap kita ni susah tapi orang lain ada yang lagi susah tau.